MATLAMAT
- Memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah perkembangan kemerdekaan.
- Memberi pendedahan kepada pelajar dan mengaplikasikan maklumat dengan menggunakan Ms PowerPoint.
- Mewujudkan kerjasama antara pelajar dan komuniti.
STRUKTUR PROJEK
Julai
- 09 Julai 2007 - Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa.
- 11 Julai 2007 -Pembahagian Tugas.
- 12 hingga 19 Julai 2007- Mencari maklumat.
- 20 Julai 2007 - Menyerahkan maklumat kepada guru penasihat.
Ogos
- 1 Ogos 2007 - Menghantar kertas cadangan kepada urusetia Cyberlinq.
- 13 Ogos 2007 - Hebahan kepada komuniti SK Assunta 1.
- 16 Ogos 2007 - Pendaftaran pertandingan.
- 30 Ogos 2007 - Pertandingan berakhir.
September
- 6 hingga 7 September 2007 - Pembentangan hasil projek oleh peserta dan majlis penyampaian hadiah.
BAJET
PERBELANJAAN KOS (RM)
- BANNER : RM75.00
- T-SHIRT : RM150.00
- HAKIM : RM75.00
- HADIAH : RM400.00
- ALATULIS : RM100.00
- MAKANAN : RM100.00
- GAMBAR : RM50.00
- TUNTUTAN PERJALANAN : RM50.00
TOTAL = RM 1000.00
JANGKAAN HASIL PROJEK
Projek ini dijalankan bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang perkembangan sejarah kemerdekaan. Apabila projek ini terlaksana, ia bukan sahaja akan memberi impak hanya kepada komuniti malah kepada seluruh warga yang terlibat. Jika sebelum ini, pertandingan sajak, kuiz dan poster dijadikan sebagai aktiviti BULAN KEMERDEKAAN, kami komuniti SK Assunta 1 memilih untuk menggunakan perisian MS POWERPOINT dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan dengan kemerdekaan. Walaupun projek yang dijalankan tidaklah sebegitu besar, namun dengan penggunaan Ms PowerPoint, kami percaya ia akan memberikan hasil yang lebih menarik, interaktif dan menyeronokkan kepada komuniti SK Assunta 1.
Peserta akan membentangkan sejarah negara sebelum dan selepas merdeka. Peserta yang mengambil bahagian akan membentangkan projek mereka dengan menggunakan lebih daripada satu medium perantaraan seperti bunyi, grafik, video, animasi dan teks.
Dengan penggunaan kesemua medium perantaraan ini, komuniti sasaran akan dapat melihat kenapa, mengapa, bagaimana dan bila ia berlaku dengan lebih jelas. Selalunya maklumat disampaikan hanya menggunakan gambar dan teks, di sini kami cuba memberi sedikit perubahan agar komuniti sasaran dapat membantu kami bersama-sama mencapai matlamat projek.
Kami percaya hasil daripada projek ini :
- Komuniti sasaran akan menghargai antara satu sama lain dan membantu mewujudkan semangat perpaduan.
- Memupuk semangat cintakan negara dan sejarah negara.
- Komuniti sasaran akan lebih bekerjasama walaupun berlainan bangsa dan agama.
- Komuniti sasaran akan lebih menghayati erti kemerdekaan dan mengetahui siapakah tokoh-tokoh dan pahlawan-pahlawan yang telah berjuang untuk negara Malaysia.
- Hasil daripada pembentangan sejarah oleh peserta, penerapan nilai kemanusiaan dapat disalurkan kepada komuniti sasaran.
- Maklumat sejarah yang dibentangkan akan disampaikan kepada komuniti yang lain(keluarga,rakan dan masyarakat).
No comments:
Post a Comment